Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, March 13, 2011

Xtahu Part2

org2 ini bercerita lagi sambungan untuk xtahu part1, hari ini org2 ini menungu sinaran bintang dan bulan di jendela lagi seperti biasa....tetapi betapa kecewanya org2 ini pabila sinaran bintang dan bulan yg selama ini menerangi sang angkasa tidak lagi bersinar dan menonjolkan dirinya...kemana ia pergi?? org2 ini masih menungu dan menungu dan menungu...mlm semakin sunyi sepi tanpa sinaran bintang dan bulan, kelibatnya tidak lagi memberi kegembiraan,senyuman mahupown keriangan kpd org2 ini.apakah lagi bila dia menyepikan diri,ati org2 ini masih lagi tidak berubat dan tanpa menampal sebarang plustr d dadanye.....malam makin sayu beserta titisan air mata yg mengalir dari kedua matanya. sambil2 itu org2 ini mendapat satu risalah dari laman socialnya.sungguh menyentuh ati org2 ini pabila membacanya.. risalah ini dari (DR.FADILAH KAMSAH) spt:

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA...

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

 Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....  

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....  

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.  

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan MENYESAL....

part2(bersambung....)

No comments:

Post a Comment